Friday, 15 November 2013

WARNA APAKAH YANG MENJADI PILIHAN RASULULLAH S.A.W

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah atau Islam beridentiti dengan warna hijau. Sebenarnya apakah warna kegemaran Rasulullah Muhammad saw?

Annas bin Malik mengatakan, "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau." 

Namun selain itu Rasul juga menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati,kelabu dan warna campuran.

Adalah Nabi kita Muhammad SAW semasa hayatnya sangat berminat dan gemar dengan pakaian putih dan bersih, tertutama sekali pada hari Jumaat untuk hadir Solat Jumaat dan majlis-majlis keramaian, kerana warna putih itulah asal segala warna-warna lain.

Walaupun Nabi amat suka dan minat pada pakaian warna putih tetapi pada hari raya Nabi selalu pakaian pakaian berwarna dan baru(bersih).

"SESUNGGUH ALLAH ITU LEMAH LEMBUT (BERSIH) dan DIA SUKA PADA YANg PUTIH BERSIH."

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi ﷺ memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…


No comments:

Post a Comment